Logo MySTI

Syarat-syarat Penandaan Logo

Hanya pemohon yang mendapat kelulusan  penandaan logo dan pensijilan MySTI dibenarkan untuk menggunakan logo MySTI pada pembungkusan dan bahan promosi (contohnya laman  sesawang, bunting, poster dan media sosial) bagi setiap barangan dan perkhidmatan hasil R&D tempatan yang diluluskan, tertakluk kepada tempoh sah kelulusan MySTI dan spesifikasi yang ditetapkan.

Logo hendaklah ditanda dengan jelas dan terang dengan mematuhi kepada perkara- perkara berikut :

Skema Warna

The MySTI Mark should appear on the products themselves or on their packaging or promotional material.

Warna
Campuran
Cyan
Magenta
100%
60%
Yellow
Magenta
100%
100%
Yellow
Magenta
100%
10%
Black
100%
Black
70%
Black
30%

Spesifikasi Saiz

Spesifikasi penandaan logo yang dibenarkan adalah berasaskan saiz sekurang-kurangnya 25mm x 16.67mm atau seiring dengan saiz ratio.

Rupa bentuk

Pemohon tidak dibenarkan mengubah atau menukar rupa bentuk dan warna asal logo MySTI.

Surat kelulusan penandaan logo

Surat kelulusan penandaan logo MySTI yang diterima tidak boleh diniaga, dipindah milik atau dipinda isi kandungannya.

Undang-undang dan peraturan

Penandaan logo dan sijil MySTI ini masih tertakluk kepada semua undang-undang atau peraturan yang berkaitan.

Tindakan tegas akan dikenakan ke atas pelanggaran mana-mana syarat yang telah ditetapkan.

Inventori MySTI

Inventori MySTI adalah platform yang menghimpunkan barangan dan perkhidmatan hasil R&D tempatan yang telah mendapat kelulusan logo dan sijil MySTI. Ia berfungsi sebagai pangkalan data yang menyokong ekosistem pengkomersialan dan pemasaran teknologi tempatan.

Inventori MySTI adalah sumber rujukan untuk pelaksanaan program Perolehan Kerajaan bagi barangan dan perkhidmatan hasil R&D tempatan.

Nombor Inventori

Penandaan logo MySTI yang dipaparkan akan dilampirkan bersekali dengan nombor rujukan seperti di bawah.

Nombor ini boleh disahkan dengan mudah melalui senarai direktori di dalam aplikasi MySTI atau dengan melawat lawan sesawang MySTI di www.mysti.gov.my

MySTI Certified
MY202200001
Items
MySTI
Tahun Kelulusan
Nombor Rujukan
Breakdown
MY
2022
00001

Nombor rujukan atau penyenaraian akan digunakan pada produk dan/atau pembungkusan produk. Untuk tujuan pengiklanan dan promosi, penggunaan logo MySTI sahaja adalah memadai.

Muat turun butiran lanjut berkenaan Garis Panduan Penandaan Logo Barangan dan Perkhidmatan Hasil Penyelidikan dan Pembagunan (R&D) Tempatan di sini