Lifestyle & Fashion
Biotechnology
MySTI Certified
STI202400376

REHLA daily UV Defence SPF 50

Eastar Biotech Sdn Bhd

Arab Saudi merupakan sebuah negara beriklim padang pasir, kecuali bahagian barat daya negara itu, yang mempamerkan iklim separa gersang. Musim panas di kawasan tengah sangat panas dan kering, antara 27°C hingga 43°C di kawasan pedalaman dan 27°C hingga 38°C di kawasan pantai. Dalam erti kata lain, iklim Arab Saudi sangat berbeza dan agak lampu berbanding dengan iklim tropika panas dan lembab sepanjang tahun di Malaysia. Jemaah umrah dan haji Malaysia akan mengalami masalah kulit kering, tumit merekah akibat berjalan di atas lantai marmar yang telah diletakkan larutan khas antibakteria yang agak tinggi dosnya bagi yang tidak sesuai, gatal-gatal di peha dan leher serta di tangan yang akhirnya agak menggugat kekusyukan kita beribadah kepada Allah di kedua-dua kota suci Mekah dan Madinah. REHLA merupakan produk penjagaan kesejahteraan muka dan badan oleh Jemaah umrah dan haji di Malaysia dan penggunaanya mampu mengatasi masalah yang disebutkan di atas. Permasalahan besar, mereka memerlukan formulasi yang lebih hebat untuk mengupayakan lagi jualan dan keyakinan terhadap produk ini. Pemasalahan formulasi akan kami pertingkatkan dengan teknologi Nanovesicles™ yang berupaya menghasilkan penyerapan kelembapan yang cepat dengan ekstrak daun gelam serta teknologi Fishield™ daripada ekstrak marin yang berupaya memberikan penjagaan terhadap cahaya terik matahari atau radiasi UVB dengan efisyen. Teknologi ini tidak perlu dimulakan dengan kajian awal kerana kedua-duanya telah selesai sepenunya (berada pada TRL8) serta berjaya dipatenkan oleh UMT dengan MyIPO. Kami akan menyediakan formulasi-formulasi baharu di atas iaitu formulasi pelembab tinggi beraskan ekstrak daun gelam serta ekstrak hidroksiapatait yang telah diperbaharui (daripada tulang ikan tamban) serta penambahan ejen pelembap organik (hyloronik asid, alpha-arbutin, niacinamide etc) lain dan akan membuat beberapa pengesahan ujian untuk memastikan keberkesanan. Kedua-dua teknologi ini juga merupakan inovasi bahan bio yang sangat mapan dan mampu melonjak penjualan syarikat serta mengekalkan teknologi secara berterusan demi kelestarian alam.

SSM Registration Number
202101044232 (1444532-U)
ePerolehan Number
Indicative Price
MYR 0.00
Company Email Address
zulhelmi@umt.edu.my
No items found.

Recommended Market Segment

Wellness and organic Beauty cares, Spas, as well as Travel Agencies for Hajj and Umrah Malaysia and worldwide

Use Cases

Unique Selling Proposition

star

Nanovesicles

Pelembap, atau emolien ialah bahan kosmetik yang digunakan untuk melindungi, melembapkan dan melincirkan kulit. Fungsi-fungsi ini biasanya dilakukan oleh sebum yang dihasilkan oleh kulit yang sihat untuk melembutkan. Dalam hal ini, kami memperkenalkan teknologi Nanovesicles™ yang merupakan bahan nano perantara yang berbentuk vesicles (donut mikro) yang terdiri daripada ekstrak daun gelam (melaleuca cajuputi) yang bertindak sebagai perantara atau matrix yang akan menyerap dengan pantas serta mengekalkan bahan kelembapan tinggi untuk kekal berada dalam kulit. Dalam ekstrak tersebut mengandungi beberapa bahan organik iaitu alpha terpinolene, terpine, sineol, limonene, cyamine dan banyak lagi yang mampu mengekalkan kelembapan dalam kulit dan mengelakkan hidrasi air dengan mudah

star

Golden Extract of Terengganu White Tea Tree Leaves Essential Oil / Melaleuca cajuputi cummingjiana

Perkara yang lagi menarik, ekstrak daun gelam (Melaleuca cajuputi)ini boleh didapati dengan mudah di sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. Melaleuca cajuputi ialah sejenis pokok renek atau pokok yang terdiri daripada pokok kecil hingga ketinggian 24 m. Lingkaran batang tunggalnya boleh tumbuh hingga diameter 1.2-1.5 m. Mempunyai batang bergerigi serta mempunyai kulit kayu span tebal. Kulit kayu putih hingga coklat kelabu boleh dikupas dalam helaian besar seperti kertas, jadi ia juga dikenali sebagai ‘’pokok kulit kertas’’ atau ‘’Kayu putih’’ yang bermaksud kayu putih dalam bahasa Melayu. Pokok ini juga mempunyai jangkahayat yang lebih tinggi untuk terus hidup berbanding spesies lain (Ong 2008 & Jamilah, 2003). Tambahan lagi, ekstrak daun gelam ini mempunyai fungsi tambahan seperti antiradang, antibakteria, antimikrob, antioksida yang tinggi, membantu melancarkan sinaps bagi mengelakkan athiritis dan yang lebih penting adalah ia mampu mengekalkan kelembapan kulit serta mengekalkan keremajaan kulit.

star

star

star

star